25 Januari 2013

SIAPA MAHRAM KITA....

Mahram

Muhrim dan mahram tidak sama maknanya.

Muhrim ialah orang yang sedang berihram ketika haji atau umrah.
Mahram ialah orang yang berlainan jantina dengan kita tetapi haram kita bernikah dengannya.
Adalah perlu untuk mengetahui siapakah mahram kita supaya dapat menjaga aurat dari dilihat oleh orang yang tidak sebenarkan oleh Islam.

Perlu juga tahu siapakah mahram kita agar tidak bersalaman dengan orang yang bukan mahram kita.




13 Disember 2012

MISTERI SUNGAI FURAT

Terjemahan hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw bersabda:
"Tidak terjadi hari Kiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah Gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutnya. Maka terbunuh 99 daripada 100 orang yang berperang. Dan masing2 yang terlibat berkata, "Mudah2an akulah yang orang yang terselamat itu". Di dalam riwayat lain ada disebutkan, "Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ JANGANLAH ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu".
(H.R. Bukhari Muslim)


Di mana sebenarnya terletak Sungai Furat yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw? Apakah sekarang ia sudah surut airnya? Apakah terjemahan hadis ini juga telah diketahui oleh Kafiaq Amerika menakluki Iraq sebagai persediaan untuk menunggu Sungai Furat itu menjadi kering bagi mendapatkan perbendaharan Emas itu?

Sebenarnya kita Umat Islam telah dilarang oleh Rasulullah saw untuk mengambil apa-apa daripada harta itu. Jadi kita tidak perlulah bersusah payah untuk ke sana masuk golongan manusia seperti mereka itu. Yang lebih baik kepada kita muhasabbah diri, kerana tidak terjadi hari Kiamat sehingga keringnya Sungai Furat.


Pemandangan di sekitar sungai ini sebahagiannya boleh disaksikan beberapa foto di bawah.


Lihat dan selusurilah sungai ini, bermula dari negara Turki hingga  ke muaranya di negara Iraq. Jaraknya sejauh lebih kurang 5 kali perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Persoalannya di mana letaknya 'perbendaharaan emas' yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw. Bagaimanapun, kita tidak perlu mencari harta itu kerana ia telah di LARANG oleh Pemimpin Besar kita.


Video Sungai Furat
 
Telah banyak peristiwa akhir zaman yang telah diberitahu oleh Rasulullah s.a.w sejak 1400 tahun dahulu telah menjadi kenyataan. Antaranya ialah seperti hadis di atas, akan keringnya Sungai Furat hingga akhirnya memperlihatkan gunung emas yang selama ini tersembunyi dari pandangan manusia. Rasulullah s.a.w menjelaskan lagi berlaku peperangan yang dahsyat untuk merebut emas tersebut.
Semasa di bawah pemerintahan Saddam Hussin pada pertengahan tahun 80-an, kerajaan Iraq telah membina empangan sepanjang Sungai Furat dan menenggelamkan sebahagian besar kawasan yang ada antaranya terdapat binaan tamadun terdahulu. Tetapi Iraq telah mengalami kemarau yang teruk pada tahun 2009 yang lalu hingga paras air empangan tersebut telah susut hingga menampakkan hampir 90% kawasan yang dulunya tenggelam.
Binaan Purba Yang Muncul Akibat Keringnya Sungai Furat
Kejadian kemarau tersebut yang menyebabkan surutnya Sungai Furat telah menampakkan kawasan arkeologi purba yang sama sekali tidak disangka. Ratib al-Kubaisi seorang pegawai Jabatan Antikuiti di Wilayah Anbar menyatakan," Ramai orang menyangka Anbar adalah kawasan padang pasir yang tidak mempunyai nilai sejarah tetapi dengan terjumpanya tapak ini, ia menjadikan sebuah kawasan yang arkeologi yang terpenting di Iraq. Kawasan ini merupakan penempatan tamadun manusia pertama di Iraq".
Seorang nelayan di sungai tersebut, Sa'ad Naji memberitahu," Sungai ini telah surut ke aras yang paling rendah pada ingatan kami," beliau menambah lagi," Kami mula mencari sekeliling kawasan ini dan menjumpai tempayan tanah liat dan tulang lama, syiling dan bahkan perhiasan emas".
Sekiranya Iraq menjumpai kawasan simpanan emas yang besar nescaya peperangan besar akan meletus dengan lebih hebat di wilayah yang sudah bergolak itu. Kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa mengingati pesanan Rasulullah supaya menjauhi dari mengambil emas tersebut!


25 November 2012

GAZA









 Lagu Kisah Munir di Syatilla









SELAMATKAN GAZA




suasana ketika roket buatan Gaza dilancarkan


MARI RENUNG SEJENAK:
6 perkara ajaib semasa peperangan Gaza
Keajaiban di peperangan Gaza. Al-Kisah yang telah diceritakan oleh Al-Fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20 hingga 31 Januari yang lalu.  Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama dilancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel!

Peristiwa 6

Paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. dan kelihatan Baginda sedang mengeluarkan pedang daripada sarungnya. Ulama itu berkata, “Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?”, lalu Baginda menjawab, “Aku mahu berperang di Gaza!!!”. MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza, di manakah kita?


Itulah serba sedikit daripada kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui. Allahu Akbar!!!

p/s: Peristiwa-peristiwa ini berlaku ketika peperangan di Gaza sekitar awal tahun 2012






14 November 2012



Selamat menyambut Tahun Baru Ma'al Hijrah,1 muharam 1434H 

bersamaan 15 Nov 2012

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

DOA AWAL TAHUN HIJRAH

10 November 2012

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SKTB 2012

 Majlis sedang berlangsung

Pengacara majlis Ustazah Mariah Ahmad


 Murid mengaminkan bacaan Doa sambil dipantau oleh saya, Ustaz mae' dan Ustazah Mashitoh

Para peserta majlis Khatam sedang mengemas Al Quran untuk disimpan


 Bersama salah seorang peserta Khatam Al-Quran