25 November 2012

GAZA









 Lagu Kisah Munir di Syatilla









SELAMATKAN GAZA




suasana ketika roket buatan Gaza dilancarkan


MARI RENUNG SEJENAK:
6 perkara ajaib semasa peperangan Gaza
Keajaiban di peperangan Gaza. Al-Kisah yang telah diceritakan oleh Al-Fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20 hingga 31 Januari yang lalu.  Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama dilancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel!

Peristiwa 6

Paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. dan kelihatan Baginda sedang mengeluarkan pedang daripada sarungnya. Ulama itu berkata, “Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?”, lalu Baginda menjawab, “Aku mahu berperang di Gaza!!!”. MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza, di manakah kita?


Itulah serba sedikit daripada kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui. Allahu Akbar!!!

p/s: Peristiwa-peristiwa ini berlaku ketika peperangan di Gaza sekitar awal tahun 2012






14 November 2012



Selamat menyambut Tahun Baru Ma'al Hijrah,1 muharam 1434H 

bersamaan 15 Nov 2012

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

DOA AWAL TAHUN HIJRAH

10 November 2012

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SKTB 2012

 Majlis sedang berlangsung

Pengacara majlis Ustazah Mariah Ahmad


 Murid mengaminkan bacaan Doa sambil dipantau oleh saya, Ustaz mae' dan Ustazah Mashitoh

Para peserta majlis Khatam sedang mengemas Al Quran untuk disimpan


 Bersama salah seorang peserta Khatam Al-Quran

 

08 November 2012

LATIHAN MASA CUTI SEKOLAH

KEPADA PARA PELAJAR, JIKA ADA MASA TERLUANG SILA LAYARI LAMAN WEB TERTERA :

CUTI PERSEKOLAHAN SESI 2012 BERMULA....

Hari ni merupakan hari last persekolahan bagi tahun 2012.  Keputusan UPSR pun masih belum keluar.  Macam mana dengan anak sulungku....Aina...Semoga mendapat keputusan yang cemerlang...
Para pelajar seolah tak sabar nak bercuti...selama 190 hari menghadirkan diri ke sekolah, sampai masa untuk merehatkan otak...tapi jangan terlalu leka dengan rehat ingat sama untuk mengulangkaji pelajaran yang lalu dan belajar pelajaran akan datang.  belajar awal lebih baik dari belajar last minit.............

Untuk semua pelajar terutama PELAJAR SKTB KUALA KEDAH....


YESTERDAY ONCE MORE

SELAMAT BERCUTI

06 November 2012

KEPUTUSAN UPSR 2012

KEPUTUSAN UPSR 2012 AKAN DIUMUMKAN PADA  19 November 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi. Bagi kemudahan calon yang berjumlah 517,139 orang, keluarga dan calon boleh membuat semakan keputusan UPSR dengan menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) ataupun secara online.

Semak Keputusan UPSR Secara Online

Semak Secara Online Keputusan Peperiksaan UPSR. Kini anda boleh membuat semakan secara online. SAPS telah menyediakan satu lagi kemudahan yang membolehkan pihak ibubapa melihat prestasi peperiksaan pencapaian anak mereka. Sila klik menu pilihan di sebelah kiri dan masukkan ID pelajar di laman web SAPS. Klik DI SINI SAPS UPSR 2012, pilih jenis peperiksaan dan jenis laporan.

Semakan Keputusan UPSR 2012 Keputusan UPSR 2012 Secara Online @ SMS 19 November 2012!! 

Semak Keputusan UPSR Secara SMS 

  1. Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888
  2. Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888

AKTIVITI SELEPAS UPSR - ASAS PERKHEMAHAN

Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh guru-guru yang mengajar Tahun 6 SK Taman Bersatu, Kuala Kedah, antaranya ialah PERKHEMAHAN

Antara aktiviti yang dijalankan :
1)  Buat gadget
2)  Memasak

Berikut antara aktiviti dijalankan:

Memasak


 Pn Zaiton Abdul Rashid memberi tunjuk ajar cara-cara memasak sandwish



 Antara rojak yang telah disediakan


 Cara memasang khemah







 Membuat gajet menggunakan lidi