"Tidak
terjadi hari Kiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu
sebuah Gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk
merebutnya. Maka terbunuh 99 daripada 100 orang yang berperang. Dan
masing2 yang terlibat berkata, "Mudah2an akulah yang orang yang
terselamat itu". Di dalam riwayat lain ada disebutkan, "Sudah dekat
suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu
ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di
situ JANGANLAH ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu".
(H.R. Bukhari Muslim)
Di mana sebenarnya
terletak Sungai Furat yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw? Apakah
sekarang ia sudah surut airnya? Apakah terjemahan hadis ini juga telah
diketahui oleh Kafiaq Amerika menakluki Iraq sebagai persediaan untuk
menunggu Sungai Furat itu menjadi kering bagi mendapatkan perbendaharan
Emas itu?
Sebenarnya kita Umat Islam telah dilarang oleh Rasulullah saw untuk mengambil apa-apa daripada harta itu. Jadi kita tidak perlulah bersusah payah untuk ke sana masuk golongan manusia seperti mereka itu. Yang lebih baik kepada kita muhasabbah diri, kerana tidak terjadi hari Kiamat sehingga keringnya Sungai Furat.
Pemandangan di sekitar sungai ini sebahagiannya boleh disaksikan beberapa foto di bawah.
Lihat dan selusurilah sungai ini, bermula dari negara Turki hingga ke muaranya di negara Iraq. Jaraknya sejauh lebih kurang 5 kali perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Persoalannya di mana letaknya 'perbendaharaan emas' yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw. Bagaimanapun, kita tidak perlu mencari harta itu kerana ia telah di LARANG oleh Pemimpin Besar kita.
Video Sungai Furat
Telah banyak peristiwa akhir zaman yang telah diberitahu oleh Rasulullah s.a.w sejak
1400 tahun dahulu telah menjadi kenyataan. Antaranya ialah seperti hadis di atas, akan
keringnya Sungai Furat hingga akhirnya memperlihatkan gunung emas yang
selama ini tersembunyi dari pandangan manusia. Rasulullah s.a.w
menjelaskan lagi berlaku peperangan yang dahsyat untuk merebut emas
tersebut.
Semasa di bawah pemerintahan Saddam Hussin pada pertengahan tahun 80-an,
kerajaan Iraq telah membina empangan sepanjang Sungai Furat dan
menenggelamkan sebahagian besar kawasan yang ada antaranya terdapat
binaan tamadun terdahulu. Tetapi Iraq telah mengalami kemarau yang teruk
pada tahun 2009 yang lalu hingga paras air empangan tersebut telah
susut hingga menampakkan hampir 90% kawasan yang dulunya tenggelam.
![]() |
| Binaan Purba Yang Muncul Akibat Keringnya Sungai Furat |
Kejadian kemarau tersebut yang menyebabkan surutnya Sungai Furat telah
menampakkan kawasan arkeologi purba yang sama sekali tidak disangka.
Ratib al-Kubaisi seorang pegawai Jabatan Antikuiti di Wilayah Anbar
menyatakan," Ramai orang menyangka Anbar adalah kawasan padang pasir
yang tidak mempunyai nilai sejarah tetapi dengan terjumpanya tapak ini,
ia menjadikan sebuah kawasan yang arkeologi yang terpenting di Iraq.
Kawasan ini merupakan penempatan tamadun manusia pertama di Iraq".
Seorang nelayan di sungai tersebut, Sa'ad Naji memberitahu," Sungai ini
telah surut ke aras yang paling rendah pada ingatan kami," beliau
menambah lagi," Kami mula mencari sekeliling kawasan ini dan menjumpai
tempayan tanah liat dan tulang lama, syiling dan bahkan perhiasan emas".
Sekiranya Iraq menjumpai kawasan simpanan emas yang besar nescaya
peperangan besar akan meletus dengan lebih hebat di wilayah yang sudah
bergolak itu. Kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa mengingati
pesanan Rasulullah supaya menjauhi dari mengambil emas tersebut!




